Podsnack

Perbezaan Teknologi UEFI dan BIOS


Apakah teknologi UEFI dan perbezaannya dengan teknologi BIOS?

UEFI adalah singkatan bagi Unified Extensible Firmware Interface merupakan satu teknologi sistem komputer yang dihasilkan untuk menggantikan sistem BIOS (Basic Input Output System) dalam mengawal dan mengkonfigurasi semua perkakasan, menyimpan dan membuka sistem pengoperasian dalam komputer pada masa kini.

Pada peringkatan permulaan, sistem UEFI ini dibina oleh syarikat Intel untuk sistem komputer pelayan Itanium keluarannya. Ketika itu, sistem ini dikenali sebagai Intel Boot Inniative bagi mengatasi beberapa kelemahan yang wujud dalam sistem BIOS. Kemudian, pengurusan dan pengembangan teknologi UEFI ini telah diambil alih oleh satu badan yang dikenali sebagai Unified EFI Forum.

pkg pertang bios uefi
Teknologi Bios

Kelemahan utama dalam sistem BIOS adalah saiznya yang hanya 16 bit dan hanya memperuntukkan 1 MB bagi saiz ruang dalam memanipulasi skim sekatan MBR (Master Boot Record) dalam komputer. Ini memberi kekangan kepada sistem BIOS dalam keupayaan menggunakan saiz memori RAM (Random Access Memory) yang lebih besar. Seterusnya, sistem BIOS tidak berupaya memberi sokongan pada fungsi aplikasi komputer yang memerlukan saiz penggunaan memori RAM yang besar seperti sistem cakera keras atau HDD (Hard Disk Drive) yang mempunyai kapasiti 2.2 TB ke atas.

pkg pertang bios uefi
Teknologi UEFI

Seterusnya disertakan beberapa kelebihan penggunaan sistem UEFI dalam sesebuah komputer.
  • Sistem UEFI menyokong sistem komputer yang berasaskan seni bina 32 bit dan 64 bit.
  • Sistem UEFI menyokong pelbagai jenis seni bina pemproses berserta dengan aplikasi pemanduannya.
  • Sistem UEFI menyokong antara muka yang bersifat visual dan penggunaan tetikus.
  • Sistem UEFI menyokong pelbagai jenis skema sistem sekatan selain daripada MBR seperti GPT (GUID Partition Table) dan lain-lain.
  • Sistem UEFI mempunyai fungsi pengurusan but tersendiri.
pkg pertang bios uefi
Perbezaan proses boot

Sistem UEFI memberi kepantasan dalam pemula bagi sesebuah komputer dan menyediakan sokongan yang baik dalam rangkaian komputer.

Dengan perkembangan pesat teknologi perkakasan dan sumber pengkomputeran yang menjadikan sesebuah komputer pada masa kini berkapasiti dan berkuasa tinggi, sistem BIOS tidak berupaya lagi menangani perkara ini dan digantikan dengan sistem baru yang dikenali sebagai sistem UEFI.

Statistik Penggunaan Frog VLE Sekolah Ahli PKG Pertang Bagi Bulan Mac 2015


Tahniah kepada sekolah-sekolah yang aktif di dalam penggunaan Frog VLE. Berikut adalah statistik sekolah ahli PKG Pertang yang menggunakan VLE sepanjang Bulan Mac 2015.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas


pkgpertang analisa frog vle


pkgpertang analisa frog vle


pkgpertang analisa frog vle

Gambar Sekitar Program Literasi Maklumat Sempena Pesta Buku Daerah Jempol dan Jelebu 2015

Tahniah kepada semua pelajar yang menjayakan dan memeriahkan Program Literasi Maklumat sempena Pesta Buku Daerah Jempol dan Jelebu 2015.
Klik untuk besarkan gambar
pkgpertang
pkgpertang
pkgpertang
pkgpertang
pkgpertang
pkgpertang
pkgpertang

Gambar Sekitar Booth PKG di Pesta Buku Daerah Jempol dan Jelebu Tahun 2015

Tahniah kepada semua yang menjayakan dan memeriahkan Bengkel Program Dunia Teknologi Abad Ke-21 sempena Pesta Buku Daerah Jempol dan Jelebu 2015..

klik untuk besarkan gambar
pkgpertang