Showing posts with label Frog VLE. Show all posts
Showing posts with label Frog VLE. Show all posts

Statistik Penggunaan Frog VLE Sekolah Ahli PKG Pertang Bagi Bulan Mac 2015


Tahniah kepada sekolah-sekolah yang aktif di dalam penggunaan Frog VLE. Berikut adalah statistik sekolah ahli PKG Pertang yang menggunakan VLE sepanjang Bulan Mac 2015.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas


pkgpertang analisa frog vle


pkgpertang analisa frog vle


pkgpertang analisa frog vle

Bengkel Program Dunia Teknologi Abad Ke-21 Peringkat PKG - Frog VLE Untuk Guru Perpustakaan Media

pkgpertang frog vle
Sempena Pesta Buku Daerah Jempol dan Jelebu pada 25 - 30 Mac 2015 baru-baru ini, PKG Daerah Jempol dan Jelebu telah membuat satu Bengkel Program Dunia Teknologi Abad Ke-21 Peringkat PKG yang bertempat di Kompleks Rakan Muda Jempol.


Antara pengisian utama di dalam bengkel tersebut ialah memberi latihan berkaitan Frog VLE kepada Guru Perpustkaan Media (GPM) dalam;


  • membina bahan pembelajaran dan pengajaran (PdP) mengikut spesifikasi rekabentuk instruksional,

  • membina bahan pembelajaran dan pengajaran mengikut Standard Kandungan KSSR dan KSSM yang boleh digunakan dalam PdP di sekolah-sekolah,

  • meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam pembinaan bahan-bahan pembelajaran dan pengajaran dengan lebih berkesan.

Para peserta bengkel didedahkan cara menggunakan perisian ebook/flipbook dengan pelbagai fungsi seperti buku digital yang mempunyai teks, gambar, audio dan video. Bengkel yang dijalankan secara keseluruhannya dapat dilaksanakan dengan jaya dan mendapat maklumbalas yang baik daripada peserta. Bahan yang dihasilkan telah dimuatnaik ke laman FROG VLE untuk dikongsi dengan warga sekolah.

Klik untuk besarkan gambar
pkgpertang frog vle
 Pendaftaran dan bengkel Frog VLE sekolah ahli PKG Rompin 
dan PKG Bahau


pkgpertang frog vle
Pendaftaran dan bengkel Frog VLE sekolah ahli PKG Pertang 
dan PKG Kuala Klawang


pkgpertang frog vle
Pendaftaran dan bengkel Frog VLE sekolah ahli PKG Lui
dan PKG Batu Kikir

5,000 Guru Muda 1Malaysia (GM1M) Dilatih Kendali VLE Frog

Berita Harian 25 Mac 2015 - Seramai 5,000 Guru Muda 1Malaysia (GM1M) daripada 2,500 sekolah diseluruh negara akan diberikan latihan interaktif bagi membolehkan mereka memanfaatkan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) Frog sebagai platform pengajaran dan pembelajaran (PdP).


Klik untuk besarkan gambar
pkgpertang frog vle