Showing posts with label GPM. Show all posts
Showing posts with label GPM. Show all posts

Bengkel Program Dunia Teknologi Abad Ke-21 Peringkat PKG - Frog VLE Untuk Guru Perpustakaan Media

pkgpertang frog vle
Sempena Pesta Buku Daerah Jempol dan Jelebu pada 25 - 30 Mac 2015 baru-baru ini, PKG Daerah Jempol dan Jelebu telah membuat satu Bengkel Program Dunia Teknologi Abad Ke-21 Peringkat PKG yang bertempat di Kompleks Rakan Muda Jempol.


Antara pengisian utama di dalam bengkel tersebut ialah memberi latihan berkaitan Frog VLE kepada Guru Perpustkaan Media (GPM) dalam;


  • membina bahan pembelajaran dan pengajaran (PdP) mengikut spesifikasi rekabentuk instruksional,

  • membina bahan pembelajaran dan pengajaran mengikut Standard Kandungan KSSR dan KSSM yang boleh digunakan dalam PdP di sekolah-sekolah,

  • meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam pembinaan bahan-bahan pembelajaran dan pengajaran dengan lebih berkesan.

Para peserta bengkel didedahkan cara menggunakan perisian ebook/flipbook dengan pelbagai fungsi seperti buku digital yang mempunyai teks, gambar, audio dan video. Bengkel yang dijalankan secara keseluruhannya dapat dilaksanakan dengan jaya dan mendapat maklumbalas yang baik daripada peserta. Bahan yang dihasilkan telah dimuatnaik ke laman FROG VLE untuk dikongsi dengan warga sekolah.

Klik untuk besarkan gambar
pkgpertang frog vle
 Pendaftaran dan bengkel Frog VLE sekolah ahli PKG Rompin 
dan PKG Bahau


pkgpertang frog vle
Pendaftaran dan bengkel Frog VLE sekolah ahli PKG Pertang 
dan PKG Kuala Klawang


pkgpertang frog vle
Pendaftaran dan bengkel Frog VLE sekolah ahli PKG Lui
dan PKG Batu Kikir

Majlis Pelancaran Program Nilam 2015 SMK Teriang Hilir




Nilam SMKTH


Majlis bermula pada pukul 7.40 pagi. Majlis telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Akademik Tuan Haji Ab Razak Bin Junus dengan ucapan ringkas oleh GPK 1 dan disusuli dengan potongan reben pada banner Pelancaran NILAM 2015.





Gimik pelancaran nilam pada tahun ini adalah berupa aktiviti mengecop jari pada pohon gergasi nilam. Aktiviti disertai oleh semua guru penolong kanan, ketua bidang, guru pusat sumber dan wakil pelajar bagi setiap tingkatan.





Aktiviti seterusnya ialah bacaan buku selama 5 minit untuk semua pelajar dan guru. Anugerah Tokoh NILAM bagi tahun 2015 telah dirangkul oleh Nurizzati dari tingkatan 4 Arif. Bagi acara penutupan majlis nyanyian lagu NILAM telah didendangkan oleh semua pelajar dan guru sambil diiringi muzik. Majlis bersurai pada pukul 8.10 pagi.





Majlis pelancaran nilam telah berlangsung dengan jayanya dan meriah. Diharapkan majlis pelancaran nilam ini dapat membangkitkan semangat pelajar untuk membaca lebih banyak.



Di sediakan oleh,



......................................................

SITI AISHAH BINTI MOHD SALIM




Klik untuk besarkan gambar




nilam smkth

Surat Bengkel Program Dunia Teknologi Abad Ke-21 Peringkat PKG Sempena Pesta Buku Jempol dan Jelebu 2015






pkgpertang-pestabuku




PESTA BUKU JEMPOL JELEBU TAHUN 2015 yang dianjurkan oleh PPD Jempol & Jelebu dan Cerdik Publication Sdn Bhd dengan kerjasama institusi pendidikan dalam daerah Jempol dan Jelebu akan diadakan pada ketetapan berikut:





TARIKH : 25 hingga 30 MAC 2015


MASA : 8.00pagi hingga 10.30 malam


TEMPAT : Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol


PERASMIAN PENUTUP : 30 Mac 2015 (9.00 pagi)





Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan selain Pameran dan Jualan Buku. Antaranya ialah Pameran Kerjaya, Pemeriksaan Kesihatan, Ceramah dan Seminar akademik, Bengkel melukis dan mewarna. Acara kemuncak program berkenaan ialah Ceramah Agama oleh penceramah jemputan khas.





Pusat Kegiatan Guru Daerah Jempol dan Jelebu menganjurkan Bengkel Program Dunia Teknologi Abad Ke-21 sempena Pesta Buku berkenaan. Untuk memuat turun surat, flyers dan jadual program pesta buku sila klik pada ikon di bawah.